Tuesday 17 April 2012

PUSAT JAGAAN ORANG TUA SWASTA

Pusat Jagaan Warga Emas Husna Arrashid di Taman Melawati memberi perkhidmatan penjagaan kepada warga emas sebagaimana seharusnya mereka dihargai dan disayangi sehingga ke akhir hayatnya.  Pemilik serta kakitangan penjaga adalah terdiri daripada Jururawat terlatih ynag bertauliah. Pendaftaran terbuka pada semua warga emas lelaki atau perempuan beragama islam sahaja. Untuk mengekalkan mutu jagaan, tempat yang disediakan adalah terhad. Jagaan secara harian, minguan mahupun sebagai penghuni tetap. Lokasi hanya beberapa meter dari MRR2 melalui susur masuk dan keluar Jalan Genting Kelang dan Taman Melawati memudahkan anak-anak atau penjaga menghantar dan mengambil mereka ketika waktu kerja. Pusat ini dalam proses pendaftaran dan penubuhan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pemantauan agensi penguatkuasa. Pusat jagaan ini akan mula beroperasi mulai bulan Mei 2012. 


sila hubungi 0192456517 (Rashid/Nieza)

6 comments:

  1. Pusat ini menyediakan beberapa bilik persendirian dengan kemudahan lengkap untuk pesara. Sila lawat www.husnaarrashid.com

    ReplyDelete
  2. Assalam...sy mahu menempatkan abg sy yg tidak sihat krn asma..anakanak nya tidak mampu kewangan utk jaga tp adik beradik saya dah pakat utk membayar jika perlu...abg sy boleh bergerak dan urus diri tetapi lemah utk bergerak.
    Mohon respon dr pusat ini

    ReplyDelete
  3. Assalam...sy mahu menempatkan abg sy yg tidak sihat krn asma..anakanak nya tidak mampu kewangan utk jaga tp adik beradik saya dah pakat utk membayar jika perlu...abg sy boleh bergerak dan urus diri tetapi lemah utk bergerak.
    Mohon respon dr pusat ini

    ReplyDelete
  4. Salam. Maaf kami lama tak senggara blog ini. Sila isi borang online www.husnaarrashid.com

    ReplyDelete